Thursday, 9 June 2022

PENCIPTAAN DAPUR SOLAR MENGIKUT SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM




NAMA AHLI KUMPULAN:-

1.ANAS MARWAN BIN SAINI 
 ( 04DUB21F1015 )
2.NUR ENSYIRAH SHARBIE BINTI MOHD RUSLAN  
( 04DUB21F1003 )
3.NUR QAMARINA BINTI MOHD SABERI 
 ( 04DUB21F1029 )
4.NURUL FASRAH BINTI MOHD YUSOFF 
 ( 04DUB21F1001 )
5.AINA BATRISYA BINTI NORAZAM 
( 04DUB21F1017 )

NAMA PENSYARAH: ZUNAIDAWATI  BINTI MAT DAUB


PENGENALAN DAPUR SOLAR

Ø  Ciptaan dapur solar merupakan ciptaan yang mesra alam dimana ia menggunakan tenaga cahaya secara terus dari matahari.Juga tenaga solar ini telah digunakan dalam teknologi beradab lamanya ketika tiada bekalan tenaga lain.Seperti yang kita ketahui,penggunaan tenaga solar ini semakin meluas.ia juga diaplikasikan bagi memenuhi keperluan dan tutuntan teknologi hijau.Selain itu,teknologi hijau dapat didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk ,peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar , alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negetif daripada aktiviti manusia.



BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT DAPUR SOLAR.



                                         1.kotak kasut 



                    2.kertas warna A4 berwarna hitam




                           
  3.aluminium foil



                                          4.gam

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN DAPUR SOLAR.


❤KELEBIHAN DAPUR SOLAR.

   -Dapat menjimatkan wang dan menjana sumber kewangan
      -Tidak memerlukan bahan api
 -Kos penyelengaraan yang rendah 
 -Mesra alam
 -Mendapat insentif kerajaan
 -Bahan yang boleh diperbaharui 
 -Bersih



PRINSIP SYARIAH

 


Prinsip syariah islam yang terdapat dalam projek dapur solar ialah ;-

1.WASATIAH (KESEDERHANAAN )

kesederhanaan dalam syariat islam adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.

-Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu .contohnya,bahan yang digunakan untuk membuat dapur solar ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membinanya.

-Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara .Mengambil tindakan antara dua kecenderungan .Contohnya antara kaya dan miskin ,maka mengambil pendirian sederhana dalam menghasilkan projek dapur solar.

-Apabila kita merujuk kepada al-quran ,kita akan dapati al-quran menyifatkan umat islam sebagai umat yang sederhana atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala aspek kehidupan mereka.


2.MUTLAK & MURUNAH ( TETAP DAN ANJAL)

Mutlak bermaksud tetap dan teguh tidak berubah manakala murunah bermaksud anjal iaitu ajaran islam yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w boleh berubah mengikut kesesuaian ,namun perinsip asasnya masih tetap.

-Terdapat juga perkara-perkara kecil yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan kehidupan manusia sepanjang peredaran zaman sebagai contoh  kedudukan panel solar perlulah di ubah untuk memperolehi cahaya matahari semaksimum mungkin bagi membolehkan dapur solar berfungsi untuk memasak.

-Penggunaan tenaga solar sebagai kaedah alternatif menggantikan bahan api fosil dan dapat mengurangkan pembangunan sisa-sisa pepejal . 



PERANAN SYARIAH .

Syariah islamiah ialah hukum dan aturan islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia ,baik muslim mahupun bukan muslim. Selain daripada berisi hukuman dan aturan ,syariah islamiah juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini.Oleh itu ,penciptaan projek kami iaitu dapur solar untuk melengkapi kekurangan yang ada di isi rumah .

Peranan utama syariah islam adalah untuk memelihara nilai agama serta perlaksanaannya.Sekarang elimen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku ,andaikata ia sudah berlaku,maka tenaga suria ini amatlah memberikan kebaikan kepada manusia dan memelihara agama.Sebagai contoh ,suri rumah dilengkapi dengan sistem alat ini dapat menjadikan manusia insaf tentang keagungan ALLAH S.W.T dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.

Seterusnya,syariah islam juga menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri yang merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.Penyiram tenaga suria ini amatlah mengambil kira kepentingan maruah umat dengan berlandaskan hadis-hadis dan Al-quran.



PELAKSANAAN SYARIAH 

Syariah islam menjadikan keserdahanaan agar dapat memanfaatkan seluruh alam semulajadi secara adil .Sebagai contohnya,penggunaan matahari dalam memproses makanan dapat menyelamatkan alam sekitar.Dengan mengunakan matahari sebagai medium pemprosesan makanan kita dapat mengelakkan berlakunya penipisan lapisan ozon .Mengunakan matahari sudah menjadi alternatif yang terbaik ,bagi tidak mengunakan tenaga yang berlebihan . Tidak merisikokan ekosistem .

Firman Allah S.W.T, "Dan juga mereka ( yang diredai Allah itu ialah ) yang apabila membelanjakan hartanya ,tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjann mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil ) itu."(suruh al-furqan, ayat 67)

Akhir sekali ,disini kita dapat disimpulkan bahawa keserdahaan amat penting bagi umat islam .Kumpulan kami juga memanfaatkan alam sekitar sebaik mungkin semasa mulakan projek .Sebagai contohnya kami tidak memperuntukan sejumlah wang yang besar semasa melakukan projek ini.Kami juga memanfaatkan barang-barang terpakai bagi projek ini.


KESIMPULANNYA.

Tenaga suria ialah sumber tenaga yang dapat diperbaharui dan dapat digunakan secara langsung seperti menjemur pakaian .Selain itu tenaga solar ini sangatlah sesuai untuk kesemua golongan  kerana ianya mudah didapati dan percuma menyebabkan ramai penduduk yang kurang mampu menjadikan sebagai alternatif utama untuk kegunaan memasak.Seterunya iaitu dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti gas asli contonya.












N






m






PENCIPTAAN DAPUR SOLAR MENGIKUT SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN:- 1.ANAS MARWAN BIN SAINI   ( 04DUB21F1015 ) 2.NUR ENSYIRAH SHARBIE BINTI MOHD RUSLAN   ( 04DUB21F1003 ) 3.NUR QAMARINA B...